MnM Homestay adalah kediaman pertama kami yang kini akan berkongsi dengan anda untuk menginap sementara waktu dalam waktu yang singkat. Sebuah rumah teres 3 bilik yang sederhana terletak di lokasi agak strategik antara bandar dan exit plus tol di Batu Pahat. Diilhamkan dengan mencipta pengalaman penginapan hotel dari masa ke semasa akan dinaiktarafkan kemudahan yang akan disediakan untuk tetamu kami pada kadar yang amat berpatutan.
MnM Homestay yang terletak berhampiran dengan Universiti Teknologi Tun Hussain Onn Malaysia (UTHM) dan pusat bandar Batu Pahat. Sesuai untuk penginapan berkeluarga yang khusus mahu hantar anak ke pengajian atau hadir kenduri kahwin, konvokasyen dan banyak lagi




